150 GERAI DIBUKA SEMPENA MKS
- NURUL AZWANI CHE MEH
- Jun 1, 2015
- 2 min read
NILAI – Sekitar 150 buah gerai dibuka pada hari Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) yang berlansung di perkarangan Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.
Menurut Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat , Syahiru Shafiai, (MKS) dilihat sebagai satu wadah dalam membentuk mahasiswa yang mempunyai softskill dalam menjadi usahawan selaras dengan pendidikan negara dalam membentuk masyarakat yang berdaya saing.
“Minggu Keusahawanan merupakan program universiti yang terbesar dalam mewujudkan suasana keusahawanan dalam kalangan mahasiswa. Selain membentuk generasi muda yang berdaya saing ianya juga dapat memperkasakan ilmu keusahawanan kepada mahasiswa dalam bentuk praktikal.” ujar beliau.

Suasana semasa berlangsungnya MKS
Terdapat pelbagai juadah jualan yang menyelerakan dan unik dihasilkan dari idea-idea mahasiswa USIM dalam mengaplikasikan inovasi dan kreativiti seterusnya berfikiran kritis bagi menjana pendapatan pada Minggu Keushawanan tersebut.
Program ini melibatkan kesemua mahasiswa yang terdapat di USIM yang terdiri daripada pelbagai fakulti.
Menurut Nur Afieqa Rahim pelajar Pengajian Bahasa Utama (FPBU) Tahun 3, program ini dilihat dapat mengukuhkan kemahiran memulakan perniagaan melalui aktiviti perniagaan kecilan ini.
“Sebagai mahasiswa saya melihat ini merupakan satu langkah yang bagus dalam membentuk usahawan kecil bagi membina kemahiran insaniah untuk memberi galakkan kepada mahasiswa mencuba bidang perniagaan,” ujarnya.
Selain itu aktiviti ini, merupakan satu bentuk latihan dalam menjana idea untuk memikirkan strategi dalam menjalani kehidupan untuk mengambil risiko, menyelesaikan masalah, berinovasi dalam mempelajari asas-asas keusahawanan.
Menurut Aisyah Wahab pelajar Pengajian Al-Quran dan sunnah (FPQS) Tahun 3, aktiviti ini juga dapat memupuk minat pelajar dalam berniaga bukan sekadar menjalani Business Praktikal.
"Sebagai salah seorang pelajar yang terlibat dalam program minggu MKS, saya percaya program ini mampu memupuk minat pelajar dalam berniaga selain mempaktikkan apa yang dipelajari dalam subjek keusahawanan,' katanya.
Minggu Keusahawanan Siswa ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor USIM Prof. Dato’ Dr. Asin Dollah di pekarangan pusat keusahawan pelajar (PKP) dan MKS ini telah berlangsung selama lima hari dari 20-25 April 2015.
Comments