PERMUAFAKATAN SISWA-SISWI FELDA (PERSADA)
- SITI HAJAR NADIA NITI
- May 9, 2015
- 2 min read
USIM - Sebanyak 18 penyertaan yang mewakili setiap universiti di Malaysia menyertai acara sukaneka bersempena Karnival Jom ke Stadium 2015, Felda United bersama Permuafakatan Siswa-siswi Felda (PERSADA) yang bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 9 Mei baru-baru ini.
Antara sukaneka yang dipertandingkan adalah seperti boling padang, melukis banner, tarik tali dan sebagainya.
Menurut Siti Shuhaila Atifah Mohd Mohar, selaku urusetia acara tarik tali dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, acara ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta-peserta dengan matlamat membentuk dan memupuk semangat kerjasama yang muhibbah dalam kalangan siswa-siswi bagi melahirkan pelajar yang progresif.
“Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh peserta-peserta terserlah apabila masing-masing berusaha dan bekerjasama untuk merebut tempat yang paling teratas”, katanya ketika ditemubual di padang sukaneka.
“Selain itu, apa yang dapat saya saksikan daripada acara tarik tali adalah mereka tidak mengenal erti putus asa untuk mencapai apa yang diimpikan oleh mereka”, tambahnya lagi.
Sementara itu menurut Mohd Ikhsan Mohd Saad, wakil daripada ahli PERSADA USIM pula berkata, program karnival ini pertama kali diadakan di USIM dan karnival tersebut juga usaha yang baik untuk memajukan sukan.
“USIM dijemput menjadi tuan rumah sempena karnival pada tahun ini kerana adanya hubungan yang baik antara ahli PERSADA dengan Felda United.
“Usaha untuk memajukan sukan dalam negara perlu ada pada setiap mahasiswa terutamanya di USIM dan ini adalah salah satu program yang patut mereka libatkan diri,” jelas Ikhsan.
Menurut jurulatih pasukan UTEM, Mohamad Ridzuan Pawan Teh, 23, mereka bertuah kerana tidak perlu berentap di Semi Final kerana pihak UPMM gagal menghantar wakil.

Aksi pasukan UTEM berentap dengan pasukan UTHM bagi menentukan johan acara tarik tali.
“Alhamdulillah, kemenangan ini cukup bermakna bagi kami dan kami tidak menjangkakan yang kami akan dinobatkan sebagai johan dalam acara tarik tali ini,” katanya.
“Cabaran yang paling gentir yang kami hadapi adalah apabila kami terpaksa berentap dengan pasukan dari UTHM yang mana majoriti daripada mereka berbadan sasa dan kuat jika ingin dibandingkan dengan pihak kami,” ulasnya.
“Saya selaku jurulatih bagi pihak UTEM berharap agar pada masa akan datang, lebih ramai lagi peserta dari FELDA dapat menyertai program seperti ini,” tambahnya lagi.
Majoriti daripada penyokong berpuas hati dengan semangat yang ditonjolkan oleh pemain dan acara sukaneka ini sendiri.
コメント