PERASMIAN KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH (IPT)
- Abdul Hafiz Hamzah
- May 19, 2015
- 2 min read

Persembahan kawalan kehormatan yang dipersembahkan oleh barisan Kor Suksis USIM di karnival Pencegahan Jenayah peringkat IPT berjaya memukau penonton yang hadir.
NILAI- Perasmian Karnival Pencegahan Jenayah yang dirasmikan oleh Pengarah JPJKK Cp Dato’ Acrly Sani B. Haji Abdullah Sani di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.
Kawalan Kehormatan Kor Suksis Usim ini bertujuan untuk meraikan kedatangan Pengarah JPJKK Bukit Aman, Cp Dato’ Acryl Sani B. Hj.Abdullah Sani yang julung kalinya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Karnival ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran anggota Kor Suksis, warga USIM dan masyarakat komuniti terhadap kepentingan membanteras dan mencegah jenayah.
Disamping itu, ianya dapat membentuk semangat kerjasama, bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain dalam satu pasukan dalam menjaga kehormanian kampus USIM dan sekitarnya. Malah ia dapat merapatkan lagi ukhwah dalam kalangan anggota Kor Suksis USIM dengan IPTA dan masyarakat setempat.
Forum yang bertajuk “Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Siapa” dikendalikan oleh Timbalan Komandan Kor Suksis USIM, Supt. K/S Hisham B. Sabri yang melibatkan mahasiswa dari pelbagai IPTA, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
“Masyarakat perlulah bekerjasama dan berganding bahu bersama anggota polis dalam membanteras kes jenayah di Malaysia”, kata Cp Dato’ Acryl Sani B. Hj. Abdullah Sani yang merupakan ahli panel pertama forum ini.
Menurut ahli panel kedua, Pensyarah Undang-Undang Fakulti Syariah Dan Undang-Undang Usim, Dr Resali bin Muda, pandangan negatif masyarakat terhadap polis perlu diubah dan membantu pihak polis mengurangkan kadar jenayah.
"Masyarakat tidak harus berasa takut untuk berkomunikasi dan berurusan dengan anggota polis bagi menjamin keselamatan dan keamanan Negara," tambah beliau.
Persembahan Kawad Kaki senyap dari Kor Suksis UIA berjaya menarik perhatian hadirin yang hadir.
Pelancaran Karnival Pencegahan Jenayah ini diadakan pada 13 Mei 2015 yang bertempat di Dewan Besar USIM dan berakhir pada sebelah petang.
Program yang dianjurkan oleh USIM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihadiri seramai 300 orang.
Comments