PEMILIHAN STAF USIM KE PERINGKAT SUKAN ANTARA UNIVERSITI
- NURUL AZWANI CHE MEH
- May 23, 2015
- 2 min read

Peserta mendengar taklimat sebelum acara bermula.
NILAI - Hampir 200 orang kakitangan menyertai Kejohanan Sukan Staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang berlangsung dari 11 hingga 22 Mei 2015 di mana fokus utamanya ialah untuk mengenal pasti atlet dari kalangan staf yang berpotensi mewakili USIM ke peringat sukan antara universiti.
Acara tahunan tersebut melibatkan empat buah kontinjen yang masing-masing dibahagikan mengikut tag warna yang berbeza iaitu merah,hijau,kuning dan biru.
Kontinjen merah yang diwakili oleh 14 buah Jabatan diketuai oleh Naib Canselor USIM iaitu Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad.
Manakala, kontinjen hijau pula dibawah kendalian Dekan Penyelidikan dan Inovasi diwakili oleh tujuh buah jabatan.
Sementara itu, kontinjen kuning dan biru pula masing-masing diwakili oleh lapan dan 12 jabatan yang berbaki.
Menurut Puan Norsaleza binti Ahmad Puzi (gambar) selaku Penolong Pegawai Sukan USIM menyifatkan kejohanan sukan antara staf ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan-kakitangan USIM yang berbeza jabatan disamping tujuan utamanya iaitu mencungkil bakat atlet dalam kalangan staf.

“Kejohanan Sukan Staf antara Jabatan ini merupakan platform bagi mengenal pasti atlet dalam kalangan staf yang mampu mewakili USIM di Kejohanan Sukan Staf antara Universiti yang akan berlangsung tidak lama lagi.”
“Saya juga yakin dengan wujudnya kejohanan ini ia mampu mengeratkan lagi hubungan antara staf-staf USIM yang berbeza jabatan terutamanya bagi staf yang berkhidmat di Pandan Indah”, tambah beliau lagi.
Menurut Nor Akma Zulkarnain, 25, yang mewakili kontinjen merah berkata program sebegini perlu sentiasa diadakan bagi mengeratkan silaturrahim antara staf berlainan jabatan disamping menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti sukan.
Puan Norsaleza binti Ahmad Puzi
“Dengan adanya sukan staf antara jabatan ini, hubungan silaturrahim akan terbina di antara staf berlainan jabatan contohnya saya dari Jabatan Undang-undang mampu bergaul mesra dengan staf dari Fakulti Pergigian iaitu dengan melakukan aktiviti sukan menyihatkan tubuh badan ini secara santai,” kata beliau.
Menurut Puvaneswary, 27, atlet kontinjen biru yang mewakili Pusat Perubatan dan Sains Kesihatan, berkata program kejohanan sukan sebegini bagus bagi mengingatkan para staf tentang kepentingan bersukan.
“Saya secara peribadi berpendapat, sukan sebegini harus sentiasa dilaksanakan tidak hanya pada waktu kejohanan sukan staf antara jabatan berlangsung sahaja malah ia perlu dilaksanakan sekerap yang mungkin kerana seperti yang diketahui umum melalui aktiviti sukan lari,merejam lembing dan sebagainya mampu mengerakkan otot-otot di dalam badan kita”, kata beliau.
“Bukan itu sahaja, malah melalui sukan juga secara tidak langsung proses pembakaran lemak berlaku,ini penting bagi mengelakkan kita terhindar daripada penyakit yang merbahaya seperti penyakit jantung dan kejohanan sukan staf antara jabatan ini merupakan platform terbaik bagi kami yang sibuk bekerja”, tegas Puvaneswary.
Comments