top of page

TARBIAH ANAK CELIK AL-QURAN

  • SITI HAJAR NADIA NITI
  • May 7, 2015
  • 2 min read

Memberi pendidikan kepada anak-anak tentang membaca al-Quran sesuatu yang sangat penting, yang kadang kala diabaikan oleh segelintir ibu bapa. Ibu bapa lebih risau andai anak mereka diawal usia 4 - 6 tahun tidak pandai membaca atau menulis dengan baik. Pelbagai usaha yang mereka lakukan dengan membelikan bahan bacaan, hantar ke kelas tambahan dan sebagainya. Tetapi mereka tidak pernah risau andai anak mereka tidak mengenal huruf-huruf al-Quran apatah lagi untuk membaca al-Quran dan memahaminya. Ajarlah anak-anak kita mengenal al-Quran dari kecil supaya anak-anak kesayangan kita dapat membaca al-Quran dengan baik, memahami, mempelajarinya, lantas mengamalkan ajarannya dalam kehidupan mereka kelak.


Allah SWT berfirman , sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (al-Isra’ [17]: 9). Waktu yang terbaik untuk mengajar anak mendekati al-Quran adalah sewaktu anak berada di rahim ibu lagi, yakni ketika ibu yang mengandungkannya rajin membaca al-Quran untuk berkomukasi dengan si anak yang berada dalam kandungannya.

66.jpg

Gambar hiasan

Hal ini sama seperti memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Terdapat teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, in shaa Allah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan.


Selain itu saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Perkenal dan perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, buku- buku yang mempunyai gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dahulu huruf-huruf hijaiyah bukan terus mengajarinya membaca. Hal ini kerana untuk menarik minat awal mereka terhadap al-Quran.


Mengkhususkan masa antara Maghrib dan Isyak untuk bersama keluarga bertadarus al-Quran juga salah satu cara berkesan mentarbiah anak mencintai al-Quran. Selain dapat membetulkan bacaan antara satu sama lain, ia juga merapatkan hubungan kekeluargaan.

 
 
 

Comments


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page