top of page

SENAMAN KEKAL SIHAT MUSLIMAT

  • NOR AZLIN MOHMAD
  • May 7, 2015
  • 1 min read

NILAI - Objektif “USIM Fit Challenge” diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada mahasiswi khususnya tentang kepentingan aktiviti kesihatan seperti senaman dan cara permakanan yang betul yang diadakan pada 28 April 2015 bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, baru-baru ini.

Menurut salah seorang wakil peserta yang terlibat, Fatin Nur Afiqah, 20, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), cara senaman serta permakanan yang betul mempengaruhi kepada tubuh badan yang sihat.

“Kombinasi antara senaman dan amalan pemakanan yang sihat sangat penting untuk menghasilkan tubuh badan yang sihat secara fizikal dan mental” katanya.

Selain itu, program ini diwujudkan untuk memberi solusi kepada mahasiswi yang mempunyai masalah obesiti dan sekali gus membantu mereka dalam mengekalkan keseimbangan berat badan.

77.jpg

Antara peserta yang terlibat dalam program “USIM Fit Challenge” baru-baru ini.

Aktiviti senaman ini diketuai oleh Nik Nur Nazila Najwa, 26, bekas alumni USIM, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini sejak berumur 22 tahun lagi.

Jumlah mahasiswi yang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut hanyalah seramai 15 orang sahaja.

 
 
 

Comentários


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page