top of page

PROGRAM GELANDANGAN PUPUK SIKAP PRIHATIN MAHASISWA

  • NURUL AZWANI CHE MEH
  • May 7, 2015
  • 1 min read

KUALA LUMPUR – Program Gelandangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengajar mahasiswa lebih bersyukur dan prihatin terhadap masyarakat luar baru-baru ini dianjurkan oleh Urusetia Perlindungan Perubatan Pelajar (U3P) dan Kelab Suruhan Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) .

Menurut pengarah program, Muhamad Rezal Ahmad Zaini, program gelandangan bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara pelajar dan masyarakat luar supaya dapat menanamkan sifat keprihatinan dalam diri pelajar.

“Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah untuk menyedarkan mahasiswa supaya bersyukur dan menanam rasa belas kasihan dalam diri terhadap kesusahan dan keperitan yang dialami masyarakat luar,” ujar beliau lagi.

Menurut salah seorang peserta program gelandangan, Nur Ain Mohamad Yasin, program seperti ini dapat mendedahkan mahasiswa kepada kehidupan masyarakat luar dan peka akan keadaan yang berlaku di sekeliling pelajar.

“Aktiviti sukarelawan seperti ini banyak manfaat dengan memberi pendedahan baharu serta mengajar anak muda supaya lebih bersyukur dan keluar dari zon selesa, ia dapat melahirkan pelajar yang berpengetahuan bukan sahaja di Universiti malah terdedah dengan kehidupan luar ”, katanya lagi.

f.jpg

suasana semasa program berlangsung

Universiti juga secara bersama perlu mendokumentasikan usaha yang dilakukan selama ini dan membuat refleksi untuk memperkasakannya semula sebagai kebanggaan, pemindahan ilmu dan teknologi serta kreativiti dan inovasi untuk bergerak ke hadapan.

Program ini berlangsung sekitar Masjid Jamek dan Pasar Seni melibatkan lebih 60 orang pelajar dan pegawai pengiring.

 
 
 

Comentarios


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page