top of page

IQRA’- Mengkaji dan Menyampai sebagai PENDAKWAH.

  • Siti Hajar Nadia Niti
  • Apr 30, 2015
  • 1 min read

NILAI - Konsep Iqra’ membawa maksud yang meluas kerana ianya bukan sahaja sekadar membaca malah kita perlu mengkaji dan menyampaikan.


Menurut penceramah terkemuka tanah air iaitu Pencetus Ummah Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, Iqra' juga membentuk satu tanggungjawab dalam kehidupan manusia khususnya umat Islam sebagai pendakwah.


Menurut PU Azman lagi, aktiviti dakwah memerlukan kefahaman dan tanpa kefahaman maka ianya tidak akan berganjak kemana-mana.


"Pada hari ini, ramai umat Islam tidak mempraktikkan prinsip Iqra’ dalam kehidupan seharian sehingga menyebabkan salah faham terhadap sesuatu isu yang berlaku", tambahnya lagi.


Menurut timbalan pengarah Sekretariat Pusat Islam (SPI), Dr Siti Nubailah Mohd Yusof program ilmiah yang bertemakan IQRA jambatan ke syurga ini amat sesuai dikaitkan dengan konsep Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu sendiri iaitu berintegrasikan naqli dan aqli.


“Ilmu naqli dan aqli menjadi landasan USIM untuk meluaskan peranan dalam usaha mengembangkan institusi ilmu pengetahuan ke peringkat global bertepatan dengan sasarannya untuk menjadi institusi rujukan serantau dalam intergrasi ilmu naqli dan aqli pada tahun 2016 dan global menjelang 2025,” katanya.


iqra.png

PU Azman bersama jawatankuasa pelaksana program

Dr Siti Nubailah menambah bahawa tajuk IQRA’ Jambatan ke Syurga dipilih kerana Iqra’ dianggap sebagai perkara asas yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian mahasiswa.

“Semua perkara yang dilakukan perlulah bermula dengan Iqra’ iaitu membaca dan melaluinya, mahasiswa dapat memahami sesuatu perkara seterusnya boleh menyampaikan kepada masyarakat,” tambah beliau lagi.

Program anjuran Sekretariat Pusat Islam (SPI) dengan kerjasama Bank Islam Berhad yang diadakan bersempena ulang tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-15 ini berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 4, USIM dihadiri oleh seramai 100 orang peserta.

 
 
 

Comments


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page