top of page

MAHASISWA DAN KEHIDUPAN KAMPUS

  • NOR AZLIN MOHMAD
  • Apr 28, 2015
  • 1 min read

USIM - Jom Santai Firdasi siri 2.0 “Santai Bukan Sebarang Santai tapi Santai Taman Syurga” mengupas tajuk Mahasiswa dan Kehidupan di kampus, Realisasikan Impianmu di bawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Majlis ini menampilkan tiga orang ahli panel yang hebat iaitu, Dr. Wifaq, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM , Ustaz Nushi, Pensyrah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), dan Syazwan Masduki, wakil Lajnah Dakwah dan Perhubungan Luar, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM).

Ketiga-tiga ahli panel ini lebih cenderung dalam berkongsi pengalaman hidup yang telah membina diri mereka sebagai mahasiswa sewaktu di alam kampus.

Menurut Dr. Wifaq, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM, beliau menekankan konsep naqli dan aqli serta matlamat utama seorang mahasiswa iaitu, menimba ilmu kerana Allah.

“Menuntut ilmu merupakan ibadat kepada Allah s.w.t, bukan sekadar untuk bersantai maka ikhlaskanlah niat belajar keranaNya,” tambah beliau lagi.

Menurut pengalaman Ustaz Nushi, kita hendaklah mengutamakan kehendak ibu bapa berbanding dengan apa yang kita citakan dalam membuat sebarang keputusan kerana di situ terletaknya keberkatan.

“Ketinggian ilmu mampu menunudukkan seorang manusia kepada Allah, bukan sekadar tunduk kepada manusia semata-mata,” tambah beliau lagi dalam ucapannya.

Majlis ini menampilkan persembahan pembukaan istimewa dari kumpulan IN2HEART, Johan Battle of Nasyeedians 2015, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menurut ucapan pengacara majlis, Marbawi Zulkifli, Biro Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian MPP, majlis santai ini memfokuskan hala tuju mahasiswa sekali gus berperanan untuk melahirkan mahasiswa yang berguna.

"Majlis ini dapat disimpulkan bahawa syariat Islam merupakan satu syariat yang mampu kita lakukan dan mahasiswa acuan al-Quran bukan sekadar agen dakwah kerana kepimpinan mahasiwa merupakan asas masa hadapan," katanya.

88.jpg

Antara barisan ahli panel Santai Firdausi.

 
 
 

Opmerkingen


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page