top of page

AR RAYYAN MERIAHKAN MAJLIS PENUTUP ANUGERAH DEKAN FPBU 2015

  • NUR AFIEQA RAHIM
  • Apr 26, 2015
  • 2 min read

123.jpg

Gabungan qasidah yang mantap dari kumpulan Ar Rayyan di Majlis Anugerah Dekan 2015

Resort Puteri – Penampilan khas dari kumpulan Ar Rayyan membantu dalam memeriahkan Majlis Penutup Anugerah Dekan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama.


Kumpula n yang di anggotai seramai 10 ahli setakat ini ternyata masih segar dalam ingatan semua pihak tidak kira sama ada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mahupun pihak USIM sendiri yang tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan Ar Rayyan ketika itu.


Menurut pelajar yang hadir, yang dikenali sebagai Shafiqah Azira, tahun 3 berpendapat persembahan yang dipersembahkan oleh Ar Rayyan mempunyai elemen muzik yang menarik minat pelajar yang menghadirinya untuk mendengar.


“Saya berminat dengan kumpulan Ar Rayyan yang memuji Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W dalam berqasidah,” ujarnya.

345.jpg

Tampil persembahan Ar Rayyan dalam Majlis Anugerah Dekan FPBU di Resort Puteri, Ayer Keroh, Melaka

Persembahan yang unik kerana mereka mengetengahkan muzik yang berunsur qasidah serta diiringi alatan muzik sebagai “music sound background” mereka. Kebanyakan qasidah mereka dipersembahkan dalam menggunakan bahasa arab.


“Dengan berqasidah menggunakan bahasa arab, kita sebagai pendengar dapat menambahkan kemahiran mendengar,secara kebetulan semua yang berada di sini mengambil jurusan dalam bidang bahasa arab,” katanya dalam mengulas pendapat.


“Saya turut berharap agar kumpulan Ar Rayyan memperkenalkan lagi kumpulan mereka kepada orang ramai dan lancarkan lebih banyak lagi album,” ujarnya lagi dalam membuat ulasan dari persembahan mereka.

Kumpulan Ar Rayyan yang tertubuh sejak tahun 2008 telah melonjakkan diri mereka dalam bidang nyanyian berqasidah dan sekarang mendapat perhatian dari segelintir pihak yang mengenali kumpulan mereka yang diketuai oleh Mohamad Husaini Mahmur yang merupakan peserta Akademik al-Quran musim 5 pada tahun 2011.


“Kami ‘totally’ bukan membawa lagu unsur nasyid tetapi kami mengetengahkan unsur qasidah yang makin lama makin dilupakan oleh hampir setengah dari golongan kita,” ujar Husaini.


Majlis Penutupan Anugerah Dekan 2015 FPBU berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

 
 
 

ความคิดเห็น


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page