SIFAT SUKA MEMBERI TINGKAT AMALAN BERSEDEKAH
- SITI HAJAR NADIA NITI
- Apr 24, 2015
- 2 min read
NILAI - Program Street Dakwah berunsurkan keagamaan menerapkan nilai ramah mesra bersama masyarakat sekeliling malah dapat memupuk sifat suka memberi untuk tingkatkan amalan bersedekah dalam diri dan melihat kesusahan orang lain yang memerlukan.
Program Street Dakwah pada kali ini turut disertai oleh masyarakat sekeliling serta pelajar sekolah.
Seramai 20 pelajar S.M.A Nilai turut menjayakan program Street Dakwah pada kali ini.
Menurut guru pengiring S.M.A Nilai, Ustaz Mohd Nabawi bin Hamdan, ini adalah program kali pertama pelajar sekolah itu mengikuti program street dakwah dan pelajar akan mendapat banyak manfaat serta dapat belajar cara berhadapan dengan masyarakat luar.
“Program ini dapat membantu keyakinan pelajar untuk terus melakukan dakwah. Keyakinan pelajar untuk berhadapan dengan masyarakat dapat dikuatkan lagi dengan menyertai program seperti ini, bersemuka dengan orang awam, dan terus kepada cara dakwah itu sendiri,” katanya.

Pelajar S.M.A Nilai dan peserta lain yang terlibat mendengar sedikit ceramah bersama ustaz jemputan
Menurut pengarah program, Muhammad Syazwan bin Masduki, pelajar Fakulti Syariah dan Undang- Undang (FSU), program seperti ini bagus dilakukan untuk mendedah dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kelebihan dan kepentingan amalan bersedekah selain mengadakan aktiviti mengedar flyers dan coklat, talk santai yang disampaikan oleh ustaz jemputan.
“Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan semangat sifat memberi dalam kalangan masyarakat kita khususnya. Slogan “Tangan yang Memberi Lebih Baik dari Tangan yang Menerima” juga satu nilai murni yang perlu diterapkan dalam diri dengan mengikuti program seperti ini,' katanya.
Menurut Mohd Farid Abdullah, salah seorang pelajar USIM, program ini amat bagus untuk terus dikekalkan sebagai aktiviti mingguan.
"Selain dapat membantu masyarakat dari menjawab pelbagai persoalan berkaitan agama, program seperti ini dapat berkongsi ilmu dengan mengadakan slot tazkirah semasa program Street Dakwah ini dijalankan," katanya.
Selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar S.M.A Nilai dan masyarakat, kita juga dapat melatih mereka mendekati orang awam,” tambahnya lagi.
Program ini dibawah anjuran Sektitariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) yang dijalankan pada kali ke- 9 bertempat di Menara Dataran Nilai baru-baru ini.
Comments