GABUNGAN MANTAP 6 IPTA DALAM SUKAT
- ABDUL HAFIZ HAMZAH
- Apr 24, 2015
- 1 min read
SHAH ALAM- Sukan Suksis Zon Tengah (SUKAT) telah mendapat sambutan yang mantap hasil gabungan dari 6 IPTA dalam acara yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Mara (UITM) pada 25 April 2015 baru-baru ini.
SUKAT pada kali ini menggabungkan beberapa IPTA zon tengah iaitu Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Beberapa acara yang dipertandingkan dalam SUKAT iaitu Bola Sepak, Bola Tampar kategori lelaki dan wanita, Bola Jaring, Sepak Takraw, Pingpong kategori lelaki dan wanita, Futsal kategori lelaki dan wanita.
Menurut Tuan Asyraf selaku pengarah program berkata penglibatan IPTA zon tengah ini telah memberi sambutan yang memberangsangkan kepada pihak tuan rumah dengan penglibatan anggota kor suksis dari 6 IPTA zon tengah.
“Objektif pihak penganjur mengadakan sukat ini adalah untuk menyatukan atau merapatkan ukhwah antara kor suksis dari IPTA yang berbeza,” ujarnya dalam ucapan ringkas bersama kor suksis yang lain.

Wajah keriangan ahli kor Suksis dalam memenangi acara yang dipertandingkan dalam SUKAT di Shah Alam.
Buat pertama kali Usim menghantar penyertaan seramai 86 anggota sukarelawan kor siswa siswi polis (SUKSIS) pada tahun ini telah memberi pencapaian yang terbaik dalam SUKAT dan berjaya membawa 1 pingat emas dan 3 pingat gangsa dalam acara yang dipertandingkan SUKAT yang berlangsung pada hari sabtu baru-baru ini.
Menurut Adib Syahmi Abd Rahim selaku peserta dari USIM menyatakan hasratnya agar SUKSIS USIM dapat menghantar wakil untuk semua penyertaan dalam setiap acara SUKAT yang dipertandingkan pada masa akan datang.
“Prestasi ini amat dibanggakan oleh seluruh warga usim kerana berjaya mendapat pingat dalam acara SUKAT yang dipertandingkan,” ujarnya lagi.
Comments