PERASMIAN GOLDEN DAY BERSAMA UNI10 ENERGY
- NUR AFIEQA RAHIM
- Apr 22, 2015
- 2 min read

Perasmian minyak oleh pengarah PPKS Dr. Ummi Salwa (kanan) bersama ketua Golden Oil Ahmad Mahdiyuddin (kiri).
USIM, NILAI – Seramai 45 orang telah menghadiri dalam satu majlis perasmian pengumpulan minyak secara berkala di Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.
Majlis perasmian ini dirasmikan oleh pengarah pusat pembangunan keusahawanan siswa, Dr. Ummi Salwa Ahmad Bustaman, turut dihadiri , Dr. Yazis Ali Basah dan Puan Siti Nurul Huda Nordin selaku Penasihat kelab Enactus, dan En.Shahrul Azwa Idris dari Uni10 Energy.
Program ini bertujuan untuk meraikan Golden Day yang julung kali diadakan, menggabungkan kerjasama antara PPKS dan kelab Enactus Golden Oil dengan pihak luar, Uni10 Energy Sdn. Bhd. Program ini merupakan satu projek pengumpulan minyak masak terpakai dan diproses semula untuk digunakan dan memberi banyak manfaat kepada orang lain.
Menurut En. Sharul Azwa Idris selaku Pegawai Operasi Uni10 Energy, Uni10 Energy adalah antara syarikat yang memproses minyak-minyak terpakai untuk diguna semula dalam kuantiti yang lebih sihat daripada sebelumnya.

En. Sharul (dua dari kiri) menyerahan duit sebanyak RM113 hasil pembelian minyak seberat 122kg kepada Dr. Ummi Salwa.
“Mengumpul minyak masak terpakai dan kemudian menjual minyak tersebut kepada syarikat Kris Biofuels dan Uni10 Energy Sdn. Bhd. untuk dikitar semula menjadi gas Bio-Diesel untuk kenderaan berat seperti lori dan bas juga untuk kegunaan lain,” ujarnya.
Kebanyakan institusi keluarga dan para peniaga yang menjual benda yang berminyak sentiasa menggunakan semula minyak. Bahaya kepada mereka khususnya kepada mereka yang berkeluarga jika menggunakan penggunaan minyak secara berulang kali tanpa menukarnya.
“Minyak masak yang digunakan kali kedua dalam masakan akan bertukar menjadi racun.” Penjelasan itu disampaikan oleh En.Shahrul dalam ucapannya.
Menurut Ahmad Mahdiyuddin Abd.Manan selaku ketua Golden Oil, berpendapat dengan memproses semula minyak terpakai dapat membantu ramai orang malah memberi manfaat yang banyak dengan pelbagai kegunaan.
“Hasil daripada jualan minyak-minyak ini akan diberikan kepada mereka yang terlibat seperti premis-premis yang memberikan minyak, mereka yang kurang pendapatan, dan juga suri rumah,” ujarnya dalam majlis ucapan ketika itu.
“Program ini bukan hanya dilaksanakan di dalam universiti sahaja malahan terbuka kepada semua masyarakat yang prihatin dengan penggunaan minyak masak terpakai ini,” tambahnya lagi.
Golden Day & Golden Oil merupakan satu program menyeru komuniti USIM untuk mengitar semula minyak masak terpakai demi kesejahteraan bersama. Golden oil merupakan aktiviti keusahawanan sosial yang dikendalikan oleh pelajar ahli Enactus USIM.
Menurut Puan Siti Nurul Huda Nordin selaku Penasihat kelab Enactus, Keusahawanan sosial mendidik dan mengajar ahli projek ini mencari pendapatan dengan menggunakan pelbagai sumber.
“Meraka juga akan berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang awam. Secara tidak langsung perkara ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah para ahli projek,” katanya.
“Program ini adalah suatu aktiviti kebajikan untuk menghijaukan bumi melalui pemeliharaan alam sekitar seiring dengan perasaan rasa ingin bertanggungjawab atas pemeliharaan tersebut,” ujarnya lagi.
Majlis menutup tirainya dengan pembelian minyak oleh Uni10 Energy dari Kelab Enactus Golden Oil dengan sebanyak 122kg dan bayaran RM113 pendapatan penuh.

Wajah keriangan oleh Ahli Kelab Golden Oil selepas tamat majlis.

Minyak yang di timbang seberat 122kg oleh pihak Uni1o Energy.
Comments