Gelandangan WAJIB dibantu.
- Abdul Hafiz Hamzah
- Apr 22, 2015
- 2 min read
KUALA LUMPUR – Program khidmat masyarakat bersama golongan gelandangan ini disertai seramai 70 orang Mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk membantu golongan tersebut bertempat di ibu kota baru-baru ini.
Menurut Syafiq Majid, pengarah program Khidmat Masyarakat Gelandangan berkata program ini diadakan agar mahasiswa cakna dan sedar terhadap gaya hidup di ibu kota ini.
“Gelandangan mestilah dibantu dan bukan disisihkan,” kata Syafiq Majid.
Kebanyakan gelandangan berpunca daripada mereka yang ditinggalkan keluarga, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya.
“ Antara manfaat kepada mahasiswa adalah mereka menjana idea baru melalui program gelandangan ini seperti dalam perancangan akan datang kami akan memberi sumbangan kepada anak yatim pula,” katanya lagi.

Mahasiswa USIM cakna kehidupan gelandangan
Menurut Nabilah Zakaria, pengalaman menyertai program sebelum ini membuatkan Nabilah ingin menyertai program seperti ini lagi kerana minat ingin mendekati golongan gelandangan dengan lebih dekat.
“ Saya pernah ada pengalaman sebelum ini dan ia memberi satu galakan kepada saya untuk sertai lagi dan kita patut menerapkan budaya tolong – menolong. Selain itu, para gelandangan ini ada diantara mereka yang bekerja tetapi disebabkan ketidakmampuan untuk memiliki rumah menyebabkan mereka terus menjadi gelandangan,” katanya.
Menurut Aisyah Shamsudin salah seorang peserta gelandangan, Allah memberi pinjaman nikmat semasa kita hidup di dunia yang perlu kita berkongsi nikmat tersebut dengan golongan yang memerlukan.
“Saya rasa puas apabila kita dapat berkongsi sesuatu dangan orang ramai nikmat yang Allah berikan. Sebenarnya Allah akan pulangkan semula apa yang kita sumbangkan,mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi mungkin dalam bentuk keberkatan ,” kata Aisyah Shamsudin juga salah seorang peserta gelandangan.
Saranan pengarah program bagi mengatasi masalah gelandangan adalah dengan mewujudkan satu pusat buat mereka dan mewajibkan setiap keluarga perlu mengambil semula ahli keluarga yang terbiar. Hal ini dapat membantu menguruskan kehidupan seharian golongan gelandangan.
Program membina seperti ini wajar diteruskan agar mahasiswa sedar akan keberadaan mereka perlu dimanfaatkan untuk orang lain.
Comments