YAKIN KEPADA ALLAH - CEPAT ATAU LAMBAT ALLAH KABULKAN DOA
- SITI HAJAR NADIA NITI
- Apr 9, 2015
- 2 min read
NILAI - Sihir yang terkena pada diri kita tetap juga tidak sembuh selepas kita membaca ayat-ayat al-Quran? Mengapa? Timbul persoalan yang mendatangkan tanda tanya yang menginginkan jawapan.
Petikan kata-kata Imam al-Ghazali, kita berdoa kepada Allah, kadang-kadang Allah kabulkan, kadang-kadang tidak dan kadang-kadang lambat. Semua itu bergantung kepada keyakinan amalan si pembaca kepada Allah.
Menurut Dr. Rushdi bin Ramli seseorang yang terkena sihir pergi ke Darul Syifa untuk ubati sihir tersebut, tetapi hasil beliau ke sana tidak memberikan kesan malah sihir yang ada di dalam dirinya juga tidak hilang. Beliau telah membuat keputusan untuk berjumpa bomoh dan secara kebetulan sihir yang terdapat dalam diri beliau sembuh.
Beliau tanpa berfikir panjang terus meyakini kehebatan dan kebolehan bomoh tersebut dalam merawat sihir sekaligus mempercayai kaedah rawatan bomoh tersebut lebih berkesan dari kaedah rawatan di Darul Syifa yang menggunakan ayat Al-Quran dalam kaedah rawatan. Dalam hal ini, syaitan telah mengwas-waskan kita dan dalam masa yang sama kita tidak yakin dengan apa yang kita baca, oleh sebab itu Allah tidak membantu kita.
“ Jin dan syaitan boleh memasuki dalam badan kita tetapi telah disebut di dalam Al-Quran Allah ada berfirman, bagi manusia itu ada penjaga siang dan malam yang menjaga di depan dan belakang. Malaikat rahmat yang menjaga di depan dan belakang,”katanya.
Panal kedua Ustaz Zuhdi Amin pensyarah di Fakulti Quran dan Sunnah (FPQS) berkongsi maklumat kaedah mempertahankan diri dari terkena sihir antaranya kita hendaklah selalu membaca Al-Quran, membaca istia’zah, basmalah setiap kali memulakan sesuatu, memperbanyakkan wirid untuk memperkuatkan iman.
“ Kelalaian kita pada Allah akan membuka ruang yang luas untuk syaitan mengacau,” katanya.
Selain itu, Ustaz Zuhdi Amin berpesan supaya kita jangan amalkan ilmu kebatinan dan kita perlu selalu amalkan zikir dan doa-doa nabi untuk kita mencegah sihir dari badan kita.
Program yang dianjurkan oleh pelajar Sunnah Pengurusan maklumat tahun tiga tersebut berlangsung selama dua jam telah menarik minat ramai pelajar untuk hadir ke program perbincangan Bahana Ilmu Sihir. Seramai 236 pelajar telah menjayakan program tersebut di Dewan Kuliah Pusat 3 Universiti Sains Islam Malaysia.
Comments