top of page

APA ITU ISIS?

  • ABDUL HAFIZ HAMZAH
  • Apr 9, 2015
  • 2 min read

Kumpulan Militan Negara Islam (IS) adalah sebuah kumpulan militan radikal yang berjuang menggunakan nama islam iaitu Jihad. Kumpulan ini juga berjuang telah menguasai sebahagian besar Timur di Syria, di Utara serta sebahagian Iraq.


IS juga menggunakan taktik serangan ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai mangsa tahanan, memenggal kepala media luar Negara. Matlamat IS sebenarnya adalah mereka mahu mewujudkan sistem pemerintahan berkhalifah iaitu seorang pemimpin yang memimpin Negara dengan politik dan agama.

ISIS.jpg

Walaupun IS ini masih beroperasi di Syria dan Iraq mereka telah berjanji akan meluaskan jajahan ke labenon dan sudan serta membebaskan palestin. IS juga telah menerima sokongan Militan Islam dari seluruh Negara dan mereka bersumpah akan taat setia kepada ketua mereka yang dikenali sebagai Abu-Bakr Al-Baghdadi.

Penubuhan IS boleh dikaitkan dengan kumpulan Tawhid wa al-jihad yang diwujudkan oleh lelaki Jordan Abu-Musab al-Zarqawi pada tahun 2002. Zarqawi kemudiannya menubuhkan kumpulan Al-Qaeda di Iraq (AQI) yang menjadi kumpulan utama dalam pemberontakan terhadap pencerobohan AS. Selepas kematian Zarqawi pada 2006, AQI mewujudkan pertubuhan penaung, Negara islam di Iraq (ISI).


Kumpulan ini bagimanapun berjaya di lemahkan oleh serangan AS dan penubuhan Majlis Sahwa oleh pemimpin puak Arab Sunni yang menolak keganasan Sunni yang menolak keganasan ISI. Pada April 2013, al-Baghdadi mengumumkan penggabungan tenteranya di Iraq dan Syria serta penubuhan Negara Islam di Iraq dan Jajahannya (ISIL). Pada 2014, ISIL berjaya menakluki bandar Mosul di Iraq dan menuju kearah Baghdad. selepas penggabungan itu, ISIL mengisytiharkan pembentukan negara khalifah dan menukar namanya kepada Negara Islam (IS).

iraq-ethnic-map-300x286.gif

Figure 1: Peta Iraq : Sunni Orange, Syiah Hijau, dan Kurd kuning.

IS bukan perjuangan JIHAD

Kebanyakan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini. Kerana ideologi keganasan dan sikap mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan mereka dan menghalalkan darah mereka. Mereka membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan penuh kezaliman.


Para ulama Ahli Sunnah di seluruh dunia melabelkan mereka sebagai Khawarij zaman moden. Jumhur ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan penyelewengan golongan ini dan memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda mereka. sehubungan dengan itu, berdasarkan fakta-faktayang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak.


Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan keghairahan umat Islam dalam berjihad atas nama ISIS atau ISIL di bumi Syriaberpunca daripada kekeliruan memahami konsep jihad yang sebenar menurut syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang oleh mereka ercanggah dengan islam dan boleh membawa krpada kekufuran kerana mereka menghalalkan darah sesama umat.


Muzakarah menasihati seluruh umat Islam Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan keganasan dan propaganda perjuangan kumpulan ISIS atau ISIL ini.


 
 
 

Comments


Recent Posts
Search By Tags
bottom of page