QASEH GOLD RAHSIA PEMAKANAN SUNNAH
- NURUL AZWANI CHE MEH
- Apr 8, 2015
- 2 min read
Kemunculan pelbagai produk makanan kesihatan berinspirasikan tumbuhan atau makanan yang disebut dalam al-Quran dan as-Sunnah pada hari ini merupakan satu petanda bahawa masyarakat kita mencari alternatif dalam penjagaan kesihatan. Istilah makanan sunnah itu sendiri mempunyai implikasi yang berbeza sama ada secara tersurat mahupun tersirat.
Namun, lambakan produk makanan kesihatan pada hari ini banyak dilabelkan sebagai salah satu warisan Nabi.
Justeru, penerimaan dan persepsi masyarakat kita terhadap produk-produk sebegitu bukan lagi berdasarkan khasiat malah lebih kepada aspek psikologi. Tanggapan sebegini perlu diperbetulkan dan masyarakat perlu dididik agar tidak meletakkan persepsi itu kepada pelabelan "sunnah" semata-mata.
Qaseh Gold iaitu produk daripada syarikat bumiputra islam yang berpengalaman sejak 1983, ia dirumus dengan kurma, madu, habbatus sauda', buah tiin, zaitun, delima dan air zam-zam, juga diperkayakan lagi dengan kehebatan gam arab sebagai prebiotik semulajadi serta herba tradisi seperti za'fran, ginkgo dan sireh bersama herba lain. Terdapat tiga jenis qaseh gold iaitu adinda, kakanda dan junior.

Qaseh Gold merupakan minuman kesihatan dalam bentuk jus yang berasaskan herba yang diformulasikan daripada Pemakanan Sunnah yang kesemuanya merupakan bahan dan ramuan yang hebat serta padat khasiatnya untuk tenaga dalaman dan luaran.
Formulasi makanan sunnah Jus Qaseh Adinda ini diperlengkapkan dengan proses pengilangan islamik yang menitikberatkan konsep halalan toyyiban bagi mengukuhkan zarah adunan ini. Ia bertujuan memelihara dan memulihara seri, kekuatan dalaman, tenaga tubuh dan minda, serta meningkatkan kualiti hidup muslimin. Apabila jasmani dan tubuh kita cergas dan sihat, tanggungjawab beribadah juga menjadi mudah.
Berikutan sesi temubual bersama Puan Nor Syuhada yang kini menetap di Alor Setar Kedah, beliau telah mengamalkan dan menjadikan jus Qaseh Gold sebagai
Figure 1: Salah seorang penggunakan yang menggunakan produk Qaseh Gold Adinda.
minuman sampingan harian beliau dan anak-anak. Katanya, produk ini memberikan kesan yang baik kerana menggunakan ramuan yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Konklusinya, jus qaseh ini selamat digunakan oleh seisi keluarga bermula usia 3 tahun. Ia sangat sesuai untuk wanita hamil, sedang berpantang dan menyusu kerana bahannya yang semulajadi dan berkhasiat.
Jenis-jenis Qaseh Gold
Qaseh Gold Junior
- Qaseh Gold Junior dengan 15 ramuan yang kaya dengan anti oksidan, anti bakteria, mineral dan vitamin semulajadi boleh membantu menguatkan sistem imun dan membantu proses penyembuhan penyakit anak anda.
Qaseh Gold Adinda
- Qaseh Adinda turut diperkaya dengan ramuan herba terbaik seperti passiflora, pegaga & manjakani. Ramuan yang istimewa serta mempunyai rasa dan kelazatan yang tersendiri. Qaseh Adinda Memudahkan pengambilan makanan sunnah harian serta menambahkn tenaga. Ia juga mencerdaskan minda serta membuang toksin dalam badan. Selain melancarkan penyerapan dan perkumuhan ia juga meningkatkan sistem imun dan memperbaiki perjalanan darah dan sistem saraf. Malah dapat mempercepatkan penyembuhan dan menstabilkan hormon.
Qaseh Gold Kekanda
- qaseh Gold Kekanda ditambah dengan herba khusus untuk lelaki seperti Tribulus, Guarana dan Ashwaganda.

[if !supportLineBreakNewLine] [endif]
Comments