top of page

ASAP? KESAN? MAHASISWA?

  • NUR AFIEQA RAHIM
  • Apr 8, 2015
  • 4 min read

1.jpg

figure 1 : puntung rokok yang bersepah di tangga DKU, FPQS

Rokok, rokok, rokok. Aduhai PEROKOK! Hampir saban hari kita didedahkan dengan isu ini. Bagaikan tiada penyudahnya. Media massa sama ada cetak ataupun elektronik, banyak membangkitkan isu ini. Namun, apa yang menyedihkan, semakin banyak cerita tentang rokok diuarkan semakin ramai pula mereka yang terlibat dalam gejala merokok khususnya kepada Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Secara umum, kita semua tahu bahawa di sebelah kotak rokok sudah dijelaskan secara terang-terangan bahawa bahaya merokok tetapi perkara tersebut dipandang sebelah mata sahaja oleh para pelajar. Malah, gambar penyakit akibat merokok yang tertera di kotak rokok juga tidak diendahkan sama sekali. Sememangnya, gejala merokok sering mengundang masalah dan tiada satupun kebaikan malah 100% mempunyai kesan negatif yang memudaratkan penagihnya.

Masalah yang sering dilakukan oleh pelajar USIM yang ketagih merokok ialah membuang putung rokok merata-rata tanpa memikirkan tindakan tersebut akan mengundang masalah kepada pelajar lain. Tangga adalah tempat yang mereka sering menjadikan kawasan tersebut sebagai melepaskan nafsu merokok mereka kerana tempat tersebut merupakan tempat yang strategik yang dimana laluan tangga yang jarang digunakan oleh pelajar lain.

Selepas mereka merokok, putung rokok hanya dibuang di tempat yang mereka merokok (tangga). Apabila pelajar ingin menggunakan tangga, dia mendapati tangga bukan seperti laluan untuk pelajar kerana keadaan tangga yang dipenuhi putung rokok serta habuk yang bersepah. Kadangkala, tempat laluan tangga berbau asap rokok seolah-olah tempat tersebut baru sahaja ditinggalkan oleh pelajar yang merokok di situ.

Sedar atau tidak, kesan perbuatan merokok juga bukan sahaja kepada individu yang merokok malah tempiasnya turut terkena kepada individu yang tidak merokok di sekeliling mereka. Hal ini kerana asap rokok yang dilepaskan di udara akan dihidu oleh orang yang berada di sekeliling perokok. Asap yang dihidu juga membawa bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan orang lain.

Buktinya, jika seorang kawan merokok maka kawan-kawan yang lain berkemungkinan besar mendapat penyakit seperti batuk dan asma kerana berada dalam lingkungan si kawan yang merokok. Kajian juga memperlihat bahawa perokok pasif iaitu orang yang tidak merokok berisiko mendapat penyakit daripada asap rokok lebih tinggi daripada perokok. Teguran kepada para perokok supaya berhenti merokok seperti ‘mencurahkan air ke daun keladi’ walhal perbuatan mereka nyata menyusahkan orang ramai.

azhajar.jpg

figure 2 : keadaan puntung rokok yang mencacatkan pandangan.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa tabiat merokok merupakan penyakit yang agak sukar untuk diselesaikan secara mendadak oleh semua pihak. Walau bagaimanapun, perkara ini bukan mustahil untuk diselesaikan seperti yang kita tahu ada satu perpatah mengatakan sehari selembar benang lama-lama menjadi kain iaitu setiap langkah penyelesaian pasti ada kesudahannya.

Oleh itu, usaha menangani tabiat merokok sudah pastinya memerlukan komitmen daripada semua pihak bermula daripada institusi keluarga khususnya melalui didikan ibu bapa terhadap anak-anak dan seterusnya pada peringkat yang lebih tinggi. Apa yang pasti, melalui kerjasama dan kesedaran semua pihak maka masalah ini dapat dilenyapkan secara evolusi sekaligus menjadikan masyarakat kita bebas daripada tabiat merokok. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tegasnya, bersatulah kita dalam menangani masalah rokok bersama-sama.

Comments

Recent Posts
Search By Tags
bottom of page